Only you :)


Assalamualaikum w.b.t. Lama tak update kan? Biasalah, orang baru lepas exam. Exam hari tu bolehlah tahan. Ada yang susah, ada yang senang. *tapi rasa macam semua susah je* -.-  So cuti sekolah.. urm.. nak start yang mana dulu ekk? Ohh BORING! Hari tu pergi Putrajaya tengok konsert K-Pop masa Hari Belia. Fuhh, puas hati beb. Haha. Tak tahu lak UKISS tu bapak comel bila tengok depan-depan. Putih lerpuks ohh. Kejelesan I dibuatnya. Lepas tu jumpa Teen Pop dgn Dal Shabet. Awesome right? Thanks to Kak Zanna sebab bawa kitorang pergi situ. And thanks too sebab bagi kupon. Tetiba teringat masa kitorang nak habis kan semua kupon tu. Beli burger bapak banyak gilos. Aku makan sikit je. 2 biji setengah burger je. HAHA! Apa?! Sukahati laa nak makan banyak pun. Jeles ke nyah? Haha. 

Then 2nd week holiday aku bergerak ke Pulau Pinang tengok orang pregnant. Wahh, perut! Besarnya. "buncitnya perut" "bongok memang laa! aku mengandung kan. hahaha". Yeah, Zalzam Zuella pregnant lagi. Hari tu scan doctor kata dapat baby boy. Untunglaaaa~ Hahaha. Tahniah Darweezy sebab dapat adik. Takmo nakal-nakal k? ♥

Btw, comel kan budak kat dalam gambar nie? Bukan aku! Budak yang kat sebelah tu. Meet my awesome junior, Farysha Latif. Oh lupa nak cakap, ignore sahaja ayat-ayat kat gambar tu. Hehe. Tetiba terindu pulak kat budak nie. Tu yang upload kat blog tu. Dia PMR tahun nie. Weh, dia SINGLEEE! Hahaha. Opss, sorry Farysha. Kak Ann gurau. Jangan marah-marah, nanti tak comel dah. Hee~ :D


Oh rindu korang semua! Bila nak buka sekolah nie? T^T Eh dah petang laa. Titeww nak pergi main buai kat taman dulu. Hihii. Kbaii ^^

Comments

Popular posts from this blog

Awek 16 tahun

Hyorin, CL, Ann Ismail <-- retiss baru kah?

happy birthdayyyy !