Debaran melanda!

Assalamualaikum and Salam sejahtera readers! Tajuk entry aku hari ini ialah "Debaran Melanda!". Apa yang cuba aku sampaikan ialah keputusan PMR keluar hari ini. Alaa, memang dah ramai buat entry macam ini tapi aku nak juga menjadi salah seorang daripada mereka-mereka yang bagitahu perasaan diorang nak ambil result. Seriously memang nak luruh jantung aku bila hari ini tiba. Beb, bukan aku tak confident dengan diri aku tapi aku takut sangat kalau aku tak berjaya. Kalau korang nak tahu, Mama Papa meletakkan harapan yang tinggi gila kat aku. Kalau aku kecewakan mereka macam mana? Aku tak nak tengok mereka sedih kalau result aku teruk. Malam nie, aku cuba untuk tenangkan diri. Tenangkan diri sampai tak boleh tidur. Macam nak pergi somewhere bila tak boleh tidur macam nie. Haha!

Kata2 semangat untuk tenangkan diri aku yang tengah serabut nie.


Tapi pagi tadi Papa cakap dia percaya aku boleh berjaya. InsyaAllah! Amin Pa, AMIN~ Sesungguhnya tiada apa yang lebih berharga daripada doa IbuBapa. Hari tu aku ada mimpi, kawan aku call cakap yang aku dapat 8A. Alhamdulillah kalau itu benar-benar jadi. Ya Allah, hati aku memang tak tenteram selagi tak keluar keputusan itu. Fyi, aku buka Twitter, nampak orang tweet " Wehh, hari nie ambil result. Takutnya aku!". Then bila aku buka Facebook, orang post " Menenangkan diri untuk ambil result esok". Beb, kau memang menakutkan aku. Kecut perut tak kembang-kembang dah nie. For those yang sama macam aku, just remember kalau korang fail, peluang bukan sekali. Kita ada lagi SPM kan? Tak semestinya kita gagal hari ini, kita akan gagal selamanya. Tak nak kan? So, motivate diri kau yang kau boleh berjaya kalau hari ini korang jatuh tergolek, terpelanting, tertiarap dan sebagainya.

Cartoon apa nie ekk? Aku suka baca buku cartoon nie dulu. Haha! 
Kunci cemerlang dalam peperiksaan nie sebenarnya atas diri kau sendiri. Dekatkan diri dengan Allah adalah lebih baik. Ada orang cakap, kau gagal ker? Mesti banyak dosa lagi nie. Der, kau gagal tak semestinya disebabkan dosa kau. Maybe Allah nak uji kau masa nie. Yakinlah bahawa Allah akan memberikan kau masa depan yang lebih baik. Yeah, semua orang nak dapat full A's kan. Siapa tak nak? Tapi kalau kau tak ada rezeki hari ini, sabar jelah. Kau dah berusaha kan? Kira okay lah tu. Aku yang bercakap nie bukanlah perfecto sangat. Belajar pun tak lah bedabomm sangat result. Kalau maximum level 5, aku maybe di tahap yang ke 4.5. Ehh, ada ker? Haha. Reka okayy, reka! Dah, fullstop. Kalau cakap pasal esok, mesti banyak drama kan? Ada yang menangis, ada yang ketawa, and maybe ada yang empty soul or jiwa kosong. I mean tak ada apa-apa perasaan. Haha. Betul aku cakap. Aku alami dah dulu masa aku ambil UPSR. Aku mula-mula tak menangis tapi bila tengok orang menangis, aku pun ter'menangis' jugalah. Haha! Okayy, I think its enough for today. Aku akan post lagi bila dapat result. Wish me luck okay? Thank you so much! 

InsyaAllah milik kita. Amin~



Comments

  1. tu snoopy yek...harap maklum n cartoon tu dlm paper jek...
    umah kita xpenah ada buku cartoon tu
    baju byk kot...
    yup...MINE!
    ahahahahah

    ReplyDelete
  2. ehh, penah laa ada buku tuh. Haihh~
    Baju besar hiphop 2 kan . hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Awek 16 tahun

Hyorin, CL, Ann Ismail <-- retiss baru kah?